Thursday 31 May 2007

Cerita dari Kuantan

Pada hari Selasa lepas Sheena, Norm, Selamba n Zul Pungkok sempat bertemu Apamz di tempat dia berniaga Pasar Malam di Taman TAS setelah tidak bertemu di rumah beliau. Tersentuh dia org melihat Apamz. Malam tu pulak hujan jadi Ice Blended pun tak brape nak laku. Anyway Insyallah kita akan teruskan bantuan kepada beliau. Selepas itu mereka sambung pulak ke Coffee Street di Kuantan, Anip yg kebetulan ada di Kuantan dan juga Amija (betul ke ejaan ni? hamtam saja la labu...) pun ada di sana. Amija ni kalau tak silap best fren Sarip Dol (hakhakhak), according tu Sheena kecut perut gak la tengok Amija ni sebab kes2 dulu kala..apa2pun lets bygone be bygone..hihihi, but dia ada mentioned yg batch dia org ada plan for Reunion for 3 batch skali di Melaka. Very interesting to hear, hopefully it works. Rindu gak nak jumpa ngan Juniors2 kita...n dia org ni borak punyer borak sampai kul 3 pagi...anyway really hope jadi Reunion ini jadi Reality...

Monday 28 May 2007

Tabung Bantuan Apamz

Sedih baca citer one of of Juniors ni, kalau nak tau lebih sila click http://budakitmpahang.blogspot.com/2007/05/tabung-bantuan-untuk-apamz.html, rasa2nya bersyukur sangat dengan apa yang ada. Since Sheena n Norm will be going to Kuantan today so InsyaALlah mereka akan meluangkan masa untuk melawat Apamz n family esok. Diharap pada those yg duduk di Kuantan tu bolehla join mereka ini. Dan pada yg mungkin tak boleh pegi tapi rasa ingin membantu dlm bentuk kewangan sila bank-in ke MBB Account Nbr : 162478091584 Normawati Shamsuddin. Sumbangan anda amat dihargai and hanya Allah yang dapat membalas. Kalau uols tanya sapa Apamz ni frankly speaking I pun tak braper ingat sape, yg penting dia ni merupakan bekas pelajar ITM Pahang yg memerlukan bantuan dari kita pada saat ini. Iyalah mana tau esok lusa turn kita pulak. Apa2 pun yg penting Ikhlas. Really hope that sesape yg baca blog ni dapat membantu kalau tak dalam RM pun doa pun mencukupi. Semoga Apamz sekeluarga tabah menghadapi dugaan NYA.

Samsons-Bukan Diriku

Friday 25 May 2007

Selamat Bercuti

Wow bestnyer... cuti sekolah dah bermula untuk 2 minggu...uols ada plan nak bawak anak2 gi holiday ke? Me mungkin next week balik kampung aje..Anyway saja nak share gambar Shake masa di Sydney ngan sumer..si Botak pun ada..ohhh fan Mawi rupernyer.ahaks...

Kenal Tak Sape Ni??


Uols ingat tak sape ni? bukan makcik yg di sebelah kanan tu...(jgn marah eh Milahhh) tp yg disebelah kiri tu..hakhakhakk..nanti I story u ok..

Thursday 17 May 2007

Petua Mengoda Suami (Sempena Malam Jumaat)

Email dari Azizah Sulaiman (DSS), very interesting to read....

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untukmemperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betuldi depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya -tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia17 belum ada apa-apa.

Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang,tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang,lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa : suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab,bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luarbiasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri,tetapi boleh dicuba.

Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya dikatil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari dirumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal,terus berdengkur.Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurausenda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi `trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanital ain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suamipun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentikdengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat ,suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala.

Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel. Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman asli dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh.

Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?" Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36inci?"

Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman dikamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin. Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Selamat Mencuba...

Tuesday 15 May 2007

Sydney......ere Shake comes...











Tomorrow Shake akan ke Sydney for her company's trip until next Monday...jelesnyerr...aku ni jgn ckp luar negara, dlm negara pun belum tentu lagi..hakhakhak. Nampaknya tengok gambo Opera House ngan Sydney Harbour aje la...Jgn lupa jumpa ngan kawan lama aku tu anak si John, dah lama gak aku tak jumpa dia...aritu dia dtg Mesia tp masa tu keter aku tak de so tak sempat nak jumpa...kirim salam kat dia n jg lupa bawak souvenirs dari sana tau!!! Ni hah ada gambo dia so senang ko nak cam...Anyway Shake ENJOYSSSSSS!!!! . tetiba teringat U're the one that I want, One that I want, huhuhu honey...plak. YEEHAAA!!!!!

My Heart

Ebi AF5 - Bukan Diriku - Konsert 9 - 2007

Monday 14 May 2007

Hepi Besday 2 Sheena

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to Sheena
Happy Birthday to You

May your wishes n dreams come true!

Love you!

Sunday 13 May 2007

HAPPY MOTHER'S DAY

A mother is someone who loves you
Who cares for you in every way
She sits down and listens
to what you have to say

She always thinks your beautiful
Never puts you down
She always has a smile
To wipe away your frown

A mother is someone who believes in you
Always pushes you to go far
Tells you to believe in yourself
No matter who you are

A mother is like an angel
Although without the wings
She tells you to enjoy
Lifes most smallest things

Mommy I really love you
And that's how it always will be.