Thursday 5 August 2010

Reunion? Masalah ker?

Makin lama makin malas betul nak blog memblog ni..macam 24 jam sehari tu tak cukup masa aje...hmm time really flies kan..tup tup dah nak masuk bulan Ramadhan. Rasa macam baru aje sambut Raya kan...2 org anak I pun nak ambik PMR and SPM hujung tahun ni. Makin besar dia org means bertambah tua la I..ohhh tidak, but that's reality.

Anyway apa yg I nak tulis ni nothing to do with yg kat atas ni..wah suspend ni..I really need uols punyer opinions (ada ker org baca lagi setelah tidak mengupdate sekelian lama ni? belasah ajelah)

Well citer ni pasal my schoolmate friend, we all ada buat Reunion few months ago and masa dulu we all memang tahu dia ni couple tapi iyelah masa tu kan muda belia so after SPM masing2 bawak diri and lost contact, tup tup jumpa semula and cinta pun berputik semula walaupun masing2 bahagia dengan keluarga masing2. My friend ni dah try banyak kali to break their forbidden love tapi makin nak tolak makin close pulak. I pun tak tau apa matlamat Cinta Terlarang dia org ni. Entahlah, I pun tak tau nak cakap apa, nak kata pihak ni salah or pihak tu salah pun tak boleh sebab masing2 tau apa yang dia org buat ni keje giler and ini membabitkan perasaan and masing2 jugak tak mungkin akan melepaskan pasangan masing2. I really don't know how they can hide their relationship ni dari pengetahuan family masing2.

Yang satu ni pulak, masa dulu tak nak bercinta konon2nya menyampah giler, sekarang ni bila dah tua and dah berkeluarga baru nak timbul rasa cinta la, sayang la...hmmm susah betul perangai org2 tua sekarang ni kan, mengalahkan org muda. Bercenta tak hengat, agaknya inilah yg dikatakan life begins at 40, tapi tuk certain people la kan. Kengkadang rasa bersalah pulak buat Reunion2 ni bukan apa takut sebab nila setitik habis susu sebelanga. Tu yg dengar citer ada pasangan yg tak kasi pasangannya join Reunion2 ni sebab takut timbul masalah macam ni lah. Tak jugak dinafikan ada yg memang sincere dalam persahabatan tapi disalah anggap pulak oleh hubby/wife masing2, itupun susah nak explain, sampai text Happy Birthday pun boleh jadi masalah.

I pun rasa bersalah tak cakap kang kita dikira bersubahat, cakap pulak nanti kata kita ni jaga tepi kain org. Teringat pulak pada kata2 ucapan Dato' Nasuddin psl old flame, walaupun i percaya budak2 ITMCP tak macam tu kan? KAN? KAN?

Tuesday 1 June 2010

Reunion - 25th Anniversary.....

Wow..where to start ya...sorry sebab lambat update sebabnya I'm very tired as kena travel ke KT an hour after the dinner and sampai KL semula pagi Isnin and semalam, semalam and semalam really flat...

Reached Dewan Bestari about 2 pm where K.Sue, Fadzullah and Rozlan were already there. We all pun start masukkan barang2 sponsored into the goodies bag and lepas tu sorang demi sorang datang dengan semangat berkobar2 utk menjayakan malam Reunion. Start rehersal kul 5 pm and then after touch up here and there we all pun bersiap2.

Around 7.45 pm guests dah mula datang. Ada gak yg last minute turn up, tapi kudos tu Kamal @ best freshie, every time we all buat Reunion for sure dia among the first to arrive...Tabik spring!! among muka baru batch Jan 85 ialah Imam, Zarino, Baidura, Kak Eata and Kak Norzie. For Batch Jun 85 pulak ramak gak yg datang, tapi rasanya ramai guys dari ladies, takper mungkin ada hal yg tak dapat dielakkan. For Batch Jun 85 pula yg datang Kitang, Hasan, Lan Kida, Mat Rock, Amy Jarr, Anim, yg lain kenal muka tapi tak ingat nama, sorry ekk. MC for the nite were K.Teep and Amin, gandingan yg mantop gitewww. The nite start with doa dari our Imam and kata2 aluan dari Halem, followed by Pengarah UiTM Pahang and of course the one and only Datuk Nasuddin. Yg bestnyer dlm his speech he mentioned that rambut his ex-student lebih putih dari dia..hahahaha..

After upacara memotong Pulut Kuning, dinner pun start. While enjoying the food, slide and acara yg paling ditunggu2 iaitu persembahan dari our own band terdiri dari, Jamal, Yahya, Yu and Hamzah and 2 others menggantikan Yusni and Arwah Fit. antara lagu2 nya of courselah Panah Beracun..hihihi..trademark Jamal tu. Sore Jamal pun still mcm dulu gak walaupun dah lebih 20 tahun tak menyanyi

After their persembahan tiba pulak masa for our artis jemputan, first yg kuar Herman Tino with his kain pelikat....hahahaha..nyanyi braper lagu tah mungkin lepas gian sebab dah lama tak nyanyi..and then Othman Hamzah with his hit Gadis Melayu followed by Just Once. Pastu turn Nash pulak nyanyi, first song Debunga Wangi, followed by Tiada Lagi Kidungmu, Ku di halaman rindu bersama Nasrun @ Mat Rock and di atas permintaan ramai lagu Ada Syurga di wajahmu. Cayalah, memang gempaq abis and semua yg hadir pun turut menyanyi sama almaklumlah lagu tu mmg lagu di zaman2 kita study dulu.

Last sekali ramai2 menyanyikan lagu Warisan yg sememangnya senonim ngan ITM, teringat masa Orientation Week, hari2 nyanyi lagu tu, memang top of the CHart lah. akhirnya session bergambar mengikut course, tapi rugilah this time pun tak sempat ambik gambar Committee. Lupa plak hadiah Utama Lucky Draw yg merupakan LCD sponsored by Atuk and Eda dimenangi oleh Imam. Yg faktanya last time masa Fadzullah baca doa dia menang Grand Prize, kali ni turn Imam pulak. Acara disambung ngan ngeteh di Section 3 malangnya I cannot join sebab nak travel ke KT. Rugi rasanya tapi nak buek camno??

Frankly speaking , kengkadang rasa terkilan gak sebab bila ada je plan nak buat Reunion ni mesti ada aje tanggapan negatif yg diberi. Entahlah pendapat masing2 and rasanya terpulang kepada nawaitu kita gak and entah bila boleh berkumpul lagi macam ni pun tak tau...Conclusionnyer I really enjoy that nite and I'm sure everbody pun sama gak. On behalf of the Committe, mintak ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan di mana2 sepanjang reunion ini diadakan.

YEEHHAAA!!!!

Thursday 27 May 2010

Reunion

Wow..another 2 days to go! I guess everybody excited sebab nak jumpa kawan and lecturers lama. For Committee sorry lah sebab this time I cannot give 100% commitment macam previous Reunion. Too many things happen and too many things to handle sampai tak pandai nak manage time...ni yg kena pegi time management seminar ni..hihihi..anyway Alhamdulilah persiapan towards Reunion ni almost 80% dah siap dan tinggal 20% aje lagi balance yg akan disiapkan. Kalau dulu respond mcm suam-suam kuku tapi lately ni ramai yg setuju hadir around 70 and for those yg still tak sure or masih 50-50 utk hadir, remember this is your chance to meet kawan2 yg penah tidur serumah or mungkin jugak kawan2 yg penah mengguriskan hati you, this is your time tu saling maaf memaafi and lupakan sejarah silam.

Antara yg paling menarik pada malam itu ialah persembahan our own live band, Jamal, Yahya and Yew dan juga penyanyi jemputan iaitu Nash lefthanded dan Othman Hamzah. Tetiba teringat jaket yg disign oleh Nash, Man Kidal, Man Dayak, Yan dari kumpulan Lefthanded masa zaman Battle of The Band 20 years back. Macam mana I boleh mintak dia org sign pun I tak tau. Kelakar pulak bila dikenang and till now I still ada that jaket with their signature. nanti I snap and upload kat sini. anyway Othman hamzah pulak fofular ngan lagu "Sape bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat..." perghhh memang sesuai la ngan our theme Retronite..

To Committee pulak you're the best...tabik spring!!! And for those yg ingat Reunion ni hanya utk bersosial "you're definitely wrong" and please see for yourself!!!Tiada lagi ku lihat kidungmu..tiada lagi derai tawamu...hanya kesepian yg kian mencengkam di jiwa...(kena pratice kat bilik air ni mana tau dapat jadi backup singer.) Yeehaaa!!!

Sunday 23 May 2010

Pompuan Vs Lelaki

Nampaknya dan berbulan2 I tak berposting, bukan takde masa tapi ntah malas betul la..with few things yg happen, sedih ade, gembira pun ada. Sedih sebab skali lagi keter ku dilanggar..bengong punyer driver. Ni yg org kata malang tak berbau. Kita ni dok berhati2 la bawak keter, tup-tup mamat bengap ni langgar pulak. Lesen Kopi-O gamaknya. Tulah bila accident aje org blame kaum pompuan tp most of the case org lelaki yg menjadi penyebab. Dia ingat dia terror bawak keter, pompuan lagi cekap la. Lelaki ni ingat bila pompuan bawak keter kita kena mengalah...sorry...naik lori... boleh belah, not me..First time accident dulu pun lelaki gak yg hentam my car. Masa itu lagi bengap terang2 jalan I, nak main redah aje. Nasib baik I tak apa2..syukur Alhamdulilah.

Tapi kan bila difikir2 kan mmg pompuan ni serba boleh, tak mcm lelaki..tu sebab org cakap a man cannot live without a woman tapi a woman can live without man and sebab tu jugak la bila my auntie meninggal few months back, tak sampai sebulan her hubby dah kahwin lain. Kahwin pulak ngan pompuan muda..ish..ish..ish..melalut sampai ke situ pulak..hihihi..

Mcm my hubby pun slalunya I yg kena ingatkan dia birthday anak2, bulan dia tau la, tapi haribulan nya fail. I siap ingat IC no sumer org, my hubby tu his new IC nbr pun tak ingat...boleh?

Tapi apa2pun kaum pompuan ni mmg terror la, bangun pagi siapkan barang anak ke sekolah, buat breakfast, hantar and ambik anak dari sekolah, kemas rumah, memasak dan 1001 macam lagi la..yg paling last tido pun for sure si isteri. Lelaki pulak kalo lambat tido bukan sebab apa..sebab tengok bola, ni 11 June ni start la suami2 tido lambat tengok Worldcup, kalau sambil tengok sambil lipat kain ke ok gak, ni kang kita yg kena buat air la, kena goreng keropok la. kengkadang tu dia suruh kita berjaga utk kejutkan dia.

Tapi mungkin bukan semua lelaki macam tu, tp seriously yg I kenal sumer bersifat sepert di atas..hmmm

Saturday 20 March 2010

Al-Fatihah

Ayahanda tercinta Sheena telah meninggal dunia semalam around 2.30 pm disebabkan sakit Jantung and Kecing Manis. Allahyarham berusia 76 tahun dan telah dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lepas dan akan dikebumikan pagi ini. Sheena sudah pun balik last flight semalam dan sampai di Jerantut around 2 am. Takziah untuk Sheena & family dan diharap tabah menghadapi dugaan. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. AMIN

Minggu lepas jugak Fujita, bekas adik ipar Shake telah meninggal dunia ketika sedang berurusan di Pejabat sahabatnya. Arwah tiba2 aje rebah dan terus meninggal dunia. Anak Sepupu I yang berusia 24 tahun jugak telah meninggal dunia ketika dalam tido. Arwah merupakan Pelajar Tahun Akhir Jurusan Seni Persembahan UiTM di Bukit Cherakah. Menurut parentnya beliau tidak ada tanda2 sebarang penyakit malah malam sebelumnya telah keluar makan malam bersama teman2 sekuliah dan tidak langsung menunjukkan sebarang tanda. Keesokan harinya kawan nya cuba menghubungi beliau dan bila tiada jawapan telah memasuki biliknya dan mendapati beliau sudah tidak ada lagi. Yang paling menyedihkan beliau baru saja menyambut hari lahir pada 9 March dan tidak sempat meraikannya bersama keluarga. Menurut post mortem beliau meninggal disebabkan ada infection di Jantung. On 18 March, abang ipar Kak Sit jugak telah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk semua.

Bercerita pasal kematian ni memang menakutkan tapi ia pasti berlaku kepada kita semua. Ya Allah Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa keluarga ku, sahabat2ku dan seluruh umat Islam dan jadikan lah kami orang2 yang beriman dan sentiasa mendapat hidayah dari MU. Amin...

Friday 12 February 2010

Reunion Meeting @ 040210

Cut and paste aje dari email...malas nak taip...

Pada 4hb Feb yang lepas (Khamis) jam 6.00ptg satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Halem kat Wisma Goshen tingkat 18 sebelah plaza pantai, bangsar... antara AJK utama yg hadir ialah halem, shake, norm, kak sit, rozlan, khatilah, lan kida dan bilal (julai 85)... di antara kata putus yg telah dicapai ialah:

1. Tarikh ReuNion adalah 29hb Mei 2010 (Sabtu 8.30 mlm)

2. Venue ReuNion: first choice tempahan di IntekMa Resort di Shah Alam dan kedua di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (KGsas dah fully booked, next venue Intekma Resort)

3. ReuNion hanya untuk ex-UitM Pahang batch Jan dan Julai 1985 sahaja tanpa keluarga atau spouse. Namun begitu jika ada keluarga yang mengikuti peserta ReuNion, mereka bolehlah mendapatkan penginapan dengan sedikit bayaran kecil di Asrama UitM Shah Alam.

4. Bayaran penyertaan adalah anggaran RM100 seorang meliputi Jamuan Makan Malam

5. Tema ReuNion dan dress code adalah Retro 85 Nite dan ReuNion akan di adakan secara free n easy@santai di mana hanya YBhg Dato' Dr. Nasuddin iaitu bekas Pengetua UitM Pahang beserta dengan beberapa bekas kakitangan dan pensyarah akan di jemput ke ReuNion itu nanti. Mesyuarat memutuskan tidak menjemput VVIP ke Jamuan ReuNion. Peserta akan digalakkan memakai pakaian seperti masa di UitM Pahang dolu-dolu dan kemungkinan akan diadakan best dress Retro dan juga lucky draw.

6. AJK ReuNion sudahpun mendapatkan pengesahan dari beberapa ex-UitM Pahang yang akan memberikan sumbangan/fund raiser (surat akan disusuli kemudian)

7. Sila lihat lampiran data/profail terkini yg telah dikemaskini... pada rakan2 lain yang tidak mempunyai email seperti kak ina, kak nik dll kami akan cuba dptkan melalui sms/jumpa personally ...