25th Anniversary...
Salam
Salam
Posted by dona_itmpahang@yahoo.com at 10:58
Create a playlist at MixPod.com
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
2 comments:
Dear Dona
Mula-mula saya nak ucap terima kasih sebab nama saya tak pernah tertinggal dari senarai penerima email Pioneers ITM Pahang.
Maaf dipinta kerana selama ini saya tidak pernah participate, sama ada blog atau email dan dalam sebarang aktiviti yang dianjur.. bukan kerana benci, tapi dengan situasi saya sekarang, saya lebih senang 'memandang dan tumpang gumbira dari kejauhan'..
Hari ini saya rasa terpanggil pula untuk berkongsi pendapat lanjutan daripada tajuk post Dona kali ini.
Sesungguhnya, Lillahi Taala saya sangat menyokong dan proud of setiap effort yang telah diambil oleh rakan-rakan sekalian demi mengerat dan mengekalkan persahabatan dan silaturrahim sesama kita sejak Reunion Pertama.. Walaupun masing-masing sibuk dengan tugas dan keluarga, namun usaha murni tetap diteruskan hingga berjaya. Syabas!!
Walaupun saya tidak terlibat langsung dengan Program Reunion yang diusulkan ini, hati saya sangat terguris bila membaca komen dari sebuah blog berkaitan dengan Reunion kali ini.. Mula-mula dipertikaikan anggaran kos.. OK, saya boleh terima la komen tersebut yg mungkin mewakili rakan-rakan yang kurang berkemampuan.. tapi bila disentuh isu 'berbuat amal, membantu kawan-kawan yang susah' pada pendapat saya komen itu adalah too much.. selama 25 tahun ini boleh dikatakan 90% (mungkin 100%) dari kita masing-masing telahpun menongkah arus kehidupan yang pelbagai rintangan.. semua orang pernah menempuh hari sukar, hari gembira, hari duka masing-masing.. apalah salahnya kali ini kita meraikan diri kita bersama rakan-rakan dengan modal RM1,200.. cadangan ini sudah pasti bukan paksaan.. hanya kepada sesiapa yang berminat.. dan tidak semestinya 'amal' kita diperhebahkan kepada dunia.. jangan terlalu sempitkan pandangan sebab kita bukan lagi remaja.. kebanyakan dari kita telah menjangkau usia sekurang-kurangnya 42 tahun.. adakah masih ada di antara kita yang masih BUTA HATI..??
Pendapat saya secara peribadi, andai tidak berminat untuk turut serta dalam apa jua aktiviti, tidak perlulah meluahkan kata-kata kritik dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak enak dibaca untuk tatapan umum contohnya "bergalak benda tak faedah", "mentekedarah".. Come on guys.. we are an educated adults.. so, behave like them! if you don't feel like joining, just ignore and walk away.. carry on with your amal jariah and so on! Sesungguhnya tangan kanan yang memberi, sorokkan tangan kiri..
To all Pioneers ITM Pahang.. keep it up.. you are the greatest!
Happy New Year
- meerkat -
Hahaha...lawak la lu punya komen ni meerkat...merkat minor ..hahaha
Post a Comment