Tuesday, 3 July 2007

Tips for Ibu Bapa

Berikut ini 21 tips untuk anda ingat dan renungkan!

1. Ketika mereka mula tertidur bisikkan suatu doa dan tadahkankan tanganmu, memohon pada Allah ! Mereka akan menjadi apa yang mereka dengar.

2. Apabila anda marah atau memukul, secepatnya peluk dan terangkan kenapa itu terjadi dan mintalah maaf.

3. Tunjukkan bahwa anda sayang dan mencintai pasangan anda iaitu Ayah atau Ibu mereka. Sebenarnya mereka risaukan perceraian.

4. Tersenyumlah tika bertemu mereka, tertawalah bersama mereka.

5. Katakan setiap hari bahwa anda mencintai mereka dan peluk mereka sekerap mungkin.

6. Anda harus tahu…mainan termahal bagi mereka adalah Ibu dan Ayah. Ajaklah mereka bermain teka teki atau bermain apa saja bersama mereka.

7. Ajaklah mereka bersantai bersama di ruang tamu. Dengar pengalaman mereka dan berbincanglan secara terbuka dengan mereka.

8. Peruntukkan waktu berkualiti bersama keluarga untuk benar-benar memahami mereka.

9. Jadilah pendengar yang baik. Mereka harus tahu anda mendengar apa yg mereka ingin sampaikan pada anda.

10. Jangan bandingkan mereka dengan anak-anak lain walaupun kakak atau adik. Terimalah mereka seadanya, ‘nobody perfect’.

11. Mereka lebih menyukai pernyataan positif. Kritikan melukai hati.

12. Sebagai ganti marah kerana kesalahannya, pujilah mereka setiap kali melakukan hal yang baik. Katakan bahawa anda berbangga dengan mereka!

13. Bicarakan masalah anda, sehingga mereka tahu bahawa bukan hanya mereka yang punya masalah.

14. Jika anak anda laki-laki, cari waktu bersama melakukan hobinya seperti bermain kereta remote control dan jika anak anda wanita, cari waktu utk masak-masak bersama mereka. Di sini mereka akan banyak mendengar nasihat-nasihat anda.

15. Luangkan waktu untuk menjelaskan banyak hal pada anak. Hadirilah kegiatan sekolah anak.

16. Hargailah barang-barang, upayakan Anda tertarik hasil karya mereka.

17. Cuba ambil tahu apa yg mereka sukai,benci ataupun takuti seperti masakan kegemaran, warna kegemaran atau binatang yg mereka takuti. Dengan ini anda dapat mengenali anak anda dengan lebih baik.

18. Sedapat mungkin makan bersama di rumah. Jangan membiasakan anak anda mencari hiburan di luar rumah. Tanamkan rasa ‘homely’ dan mementingkan hubungan kekeluargaan pada anak anda.

19. Katakan ada bahagia menjadi ibu bapanya.

20. Minta pendapat anak anda tentang sesuatu hal seperti tempat bercuti tahun ini dan sebagainya supaya mereka rasa diri tidak tersisih dari perbincangan keluarga.

21. Hargailah barang-barang kesayangan anak anda. Jika mereka berbakat melukis, gantunglah lukisan mereka di bilik tidur atau ruang tamu.

Semoga bermanfaat dan menjadi berkat buat kita semua dan juga menjadi keluarga yg bahagia dan dirahmati Tuhan.

1 comment:

Anonymous said...

tip untuk suami mengelak d cari isteri ada x dona?