Tuesday 29 January 2008

Bad Week

Last week was quite a bad week for me, my eldest Auntie meninggal on Tuesday becoz of cancer. My nephew pun masuk hospital sebab suspected dengue. I pulak demam dari Wednesday sampai la Saturday tapi still pergi kerja disebabkan kerja yang tak habis2 (tension habis..). Few times gak I lepak kat tepi jalan on the way to office and Kl sebab kepala dah ting-tong semacam aje. Dapat MC tapi tak leh nak MC. Pastu my sim card pulak buat hal..tak leh guna langsung..ntah naper tah..no SMS no calls. Last Saturday pulak my hubby's uncle kena masuk ICU kat Selayang sebab paru2 berair. Banyak betul things happen.

Baru ambik new sim card kat maxis yesterday..hampeh..ni tengah mengkey in kan numbers sumer org. Banyak nyer and confirm mesti ada number yg termiss kang. Jengok kat Blog Adik respect betul ngan dia org. Syukur Alhamdulilah gak everything that they planned works, tabik spring to them!!! Teringin gak nak join sebenarnya tapi tak de member la pulak as dia org dah ada plan yg lain awal2 lagi. Lagipun kesihatan tak berapa mengizinkan. Hopefully next time boleh join dia org. And walaupun dah email and SMS one week before to our batch tp nampaknya tak de sambutan. I dun know la tp macam ada GAP aje between SRs and JRs, infact rasanya dari dulu lagi dah macam ni. Sebab apa ekk..hmmmm ntahla. Sampai bila la nak macam ni???

Friday 18 January 2008

Full Set

Ada sesape yg boleh ajar I buat Full Set A/C tak? or kalu tak pun kasi la example2 yg boleh ditiru. Company I nak jimat punyer pasal terpaksa la buat sendiri, susah betul la....tension wehh...

Tolonnnnnn!!!!!

Wednesday 16 January 2008

Kawan

Hari ini hari-hari malas tul nak keje, call Shake, kebetulan pulak member demam and teringin nak makan bubur. Kesian pulak mendengornya so pegi la McD beli and antarkan kat office dia di Damansara. Shake demam agaknya sebab sibuk sangat ngan persiapan utk pilihanraya yang akan datang ni..maklumla member kan Ketua Wanita...ahaks. Tapi for me tak minat sangat ngan Politik ni, sama aje baik parti yang ini maupun yang itu. Tol naik gak, minyak naik gak. Yang miskin tetap miskin, yang kaya makin kaya. Tak payah citer lelebih..bukti banyak depan mata.

Dah lama tak jumpa Shake, mcm2 citer yg kuar. Gambo yg kat atas tu Shake masuk pertandingan Wanita Anggun Umur 36 tahun ke atas, siap dapat No. 2 lagi. Cayala. Lepak kat office Shake sampai kul 3.30 ptg sebab ada meeting kul 4 ptg kat office kalo tidak harus tak balik office terus. Dulu kalo boring2 slalu lepak rumah Sheena, dan slalu gak terbabas sampai petang. Lagipun Sheena ni memang pandai masak..best giler especially Nasi Daging dia..pehhh..Miss sgt her food.

Anyway received call from Norm, she's so happy kat Kemaman. Rumah sebelah tepi laut lagi...hmmm mesti best kan. Nanti kalo ada gambo umah dia I post kat blog. Dia pun ada mention kalo ada sesape yg turun Kemaman tu singgah2 la umah dia, tapi call la dia dulu boleh la dia buat apa2 yang patut.

Next project - bercuti di KK and Kemaman...Yeehaa

Monday 14 January 2008

Blue Monday

Tension betul arini, dah lama kuar lambat dari rumah, ingatkan kuar lambat ok la, rupa2nyer jammed dari ITM Shah Alam sampai la my office kat Kelana Jaya...teruk betul...aparah...dah la tu, driver pulak mcm siot aje...dok cilok sini dok cilok sana...macam la boleh cepat nau..betul2 blue monday la...nak buat keje pun takde mood..layan lagu dulu2 lagi best.....

Tuesday 8 January 2008

Kekasih....Sahabat.....

Dalam masa cuti seminggu yang lepas ni, dalam masa sibuk sibuk menguruskan anak bersekolah tetiba aje I received one phone call dari sumebody yang aku tak sangka boleh brcakap semula selepas bertahun2 tak dengar berita. Wow what a nice surprise..i like..hiks. Sape dia? Tak payah teka2 coz only those around me aje yang kenal and definitely bukan budak ITM, tapi sebab dia la I mintak transfer dari ITM Jalan Othman ke Pahang and sebab dia jugak la I kenal ngan korang sumer. Kalo tak takde la I kenal ngan Wak, Halem, Anip, Tepe, Lanchu, Poji, Apal, Mac, Jepp, Norm, Joanna, Kak Za and ramai lagi la. So to that Someone I sincerely would like to say thank you. Segala benda yg terjadi tu memang ada hikmah nyer.

I bukan nak citer pasal masa silam cuma rasa bila dah tua2 ni dan masing2 dah mempunyai keluarga, tak mustahil perasan sayang seorang kekasih boleh bertukar menjadi sayang seorang sahabat. Tak semestinya jugak bila kita tidak ada jodoh ngan seseorang tu ia akan menjadi musuh kita untuk selama2 nya. Frankly speaking sebelum ini I pun ada perasan berdendam tapi bila difikir2 balik sampai bila I nak berdendam.

Masa di ITM dulu ramai gak couple2 yang tak ada jodoh dan ada jugak yang sampai sekarang ni masih lagi menjadi Sahabat contoh paling ketara Halem n Dayang and a few others yang namanyer dirahsiakan...ahaks.... Kengkadang bila terfikir rasanya ikatan sahabat tu lebih kuat dari ikatan kekasih sebabnya walau apa2 yang terjadi pun akhirnya kita akan mencari Sahabat jugak. For me walaupun ada ramai kawan baru tapi kawan lama memang tak boleh dilupakan dan sentiasa di ingatan..Yeehaaa...

To all...thanks for being my Sahabat..Yo My Fren!!!



Monday 7 January 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Lamanyer tak memblogging...I was on leave for the whole last week, ingat nak post from home tapi tak boleh gak coz sibuk nak menyettlekan anak2 yang sekolah. Ingatkan nak jumpa Sheena before dia balik ke KK itupun tak jadi gak. Rahim masuk hospital last week pun tak sempat nak visit. tapi Alhamdulilah dia dah kuar la ni. Dengar citer anak Zam (DBS Jun 85) pun dapat straight A's in PMR. Congratulations! Cayalah...bapa borek anak rintik babe! Norm dah selamat berhijrah ke Kerteh so dah makin kurang geng.

Masuk tahun baru 2008 ni sumer orang tanya apa Resolution baru. For me cuma berharap menjadi orang yang lebih berguna kepada masyarakat..dan juga lebihkan amal ibadah..iyelah bak kata orang bukan lagi Magrib dah nak masuk Isyak dah..

Received a call from Mazlan Mokhtar (DBS? DIB? Jan 86), wow sronoknyer...dia pun dari Banting gak tapi tak penah jumpa pulak kat kg. Ada 4 anak dan masih tinggal di Banting. Dia pun eager nak join Gathering this year...hmmm ntah jadi ntah tidak...

Untuk sumer Happy New Year and semoga berjaya dunia dan akhirat. Amin...