Friday 12 February 2010

Reunion Meeting @ 040210

Cut and paste aje dari email...malas nak taip...

Pada 4hb Feb yang lepas (Khamis) jam 6.00ptg satu mesyuarat telah diadakan di Pejabat Halem kat Wisma Goshen tingkat 18 sebelah plaza pantai, bangsar... antara AJK utama yg hadir ialah halem, shake, norm, kak sit, rozlan, khatilah, lan kida dan bilal (julai 85)... di antara kata putus yg telah dicapai ialah:

1. Tarikh ReuNion adalah 29hb Mei 2010 (Sabtu 8.30 mlm)

2. Venue ReuNion: first choice tempahan di IntekMa Resort di Shah Alam dan kedua di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. (KGsas dah fully booked, next venue Intekma Resort)

3. ReuNion hanya untuk ex-UitM Pahang batch Jan dan Julai 1985 sahaja tanpa keluarga atau spouse. Namun begitu jika ada keluarga yang mengikuti peserta ReuNion, mereka bolehlah mendapatkan penginapan dengan sedikit bayaran kecil di Asrama UitM Shah Alam.

4. Bayaran penyertaan adalah anggaran RM100 seorang meliputi Jamuan Makan Malam

5. Tema ReuNion dan dress code adalah Retro 85 Nite dan ReuNion akan di adakan secara free n easy@santai di mana hanya YBhg Dato' Dr. Nasuddin iaitu bekas Pengetua UitM Pahang beserta dengan beberapa bekas kakitangan dan pensyarah akan di jemput ke ReuNion itu nanti. Mesyuarat memutuskan tidak menjemput VVIP ke Jamuan ReuNion. Peserta akan digalakkan memakai pakaian seperti masa di UitM Pahang dolu-dolu dan kemungkinan akan diadakan best dress Retro dan juga lucky draw.

6. AJK ReuNion sudahpun mendapatkan pengesahan dari beberapa ex-UitM Pahang yang akan memberikan sumbangan/fund raiser (surat akan disusuli kemudian)

7. Sila lihat lampiran data/profail terkini yg telah dikemaskini... pada rakan2 lain yang tidak mempunyai email seperti kak ina, kak nik dll kami akan cuba dptkan melalui sms/jumpa personally ...

No comments: