Monday, 28 May 2007

Tabung Bantuan Apamz

Sedih baca citer one of of Juniors ni, kalau nak tau lebih sila click http://budakitmpahang.blogspot.com/2007/05/tabung-bantuan-untuk-apamz.html, rasa2nya bersyukur sangat dengan apa yang ada. Since Sheena n Norm will be going to Kuantan today so InsyaALlah mereka akan meluangkan masa untuk melawat Apamz n family esok. Diharap pada those yg duduk di Kuantan tu bolehla join mereka ini. Dan pada yg mungkin tak boleh pegi tapi rasa ingin membantu dlm bentuk kewangan sila bank-in ke MBB Account Nbr : 162478091584 Normawati Shamsuddin. Sumbangan anda amat dihargai and hanya Allah yang dapat membalas. Kalau uols tanya sapa Apamz ni frankly speaking I pun tak braper ingat sape, yg penting dia ni merupakan bekas pelajar ITM Pahang yg memerlukan bantuan dari kita pada saat ini. Iyalah mana tau esok lusa turn kita pulak. Apa2 pun yg penting Ikhlas. Really hope that sesape yg baca blog ni dapat membantu kalau tak dalam RM pun doa pun mencukupi. Semoga Apamz sekeluarga tabah menghadapi dugaan NYA.

1 comment:

LaN KidA said...

Dona, terima kasih kerana keprihatinan kepada Apamz.

Sedikit latarbelakang Apamz. Course DIA batch Julai 85. Nama sebenar Norhisham Mohd Ramli. Kalau mana yang masih ingat, Apamz ni antara budak ITM yang paling tinggi..tinggi dari Amran DIB lagi..6 kaki 2 inci tak salah. Kurus-kurus. Masa kat ITM pakai motor Jipang..nampak lawaklah sebab tinggi mcm galah naik motor.

Kat Hostel Remaja duduk kat Tingkat 4 Block C sama level dengan Amran, Noni, Megat, Shahrum, Ajis dan memang friendly dengan semua orang sebab dia orang ni kekadang selalu pinjam motor Apamz.

Apamz berkahwin dengan Miza dan memperolehi 2 anak. Anak yang pertama normal tetapi semasa Miza melahirkan anak ke 2 beliau telah diserang penyakit lumpuh. Anak ke 2 juga mengalami down sindrome. Penyakit lumpuh ini adalah penyakit keturunan dari ibu Miza sehinggalah ianya di hidapi kesemua adik beradik beliau kecuali yang bongsu sekali. Abang beliau baru sahaja meninggal akibat penyakit ini dalam bulan Oktober 2006 yang lalu.

Pada mulanya Apamz bekerja di sebuah syarikat di Pelabuhan Kuantan sebagai Account Manager tetapi akibat keadaan kesihatan Miza yang semakin teruk sejak 11 tahun yang lalu maka Apamz terpaksa berhenti dan berniaga sendiri bagi menumpukan perhatian yang kebih kepada Miza dan anak ke 2 nya.

Dah merata-rata Apamz membawa isterinya berubat baik secara tradisional mahupun secara moden tetapi tidak juga berkesan. Dari Kelantan, terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor..semuanya Apamz dah cuba... katanya penyakit ini dipanggil "saka"..wallahuallam.

Kini Apamz berniaga di pasar-pasar malam disekitar Kuantan menjual Ice Blended dan setiap kali berjual beliau terpaksa membawa isteri dan anak2nya duduk didalam van kerana tiada siapa yang menjaga mereka. Berhujan, berpanas...begitulah kehidupan mereka...

Actually bermacam-macam cerita mengharukan lagi tetapi cukuplah kalau saya katakan disini bahawa sepanjang 42 tahun umur saya, inilah antara lelaki, suami dan bapa paling terbaik, mithali yang pernah saya temui.

Bantulah beliau setakat yang termampu, mudah-mudahan beban berat yang ditanggung beliau sekurang-kurang dapat di ringankan sedikit...Insyaallah.