Wednesday 31 January 2007

Tabung Derma Bantuan Mangsa Banjir Johor (eM2bJ)

Utk pengetahuan sumer, projek tersebut di atas telah diusahakan oleh beberapa org JRs ITM Pahang dan diharap ada di antara kita yg sudi untuk membantu atau menderma seikhlasnyer atau hubungi mereka yang berkenaaan untuk keterangan yg lebih lanjut
Tabung Derma Bantuan Mangsa Banjir Johor dan No Telefon AJK
A/C Maybank : 114254123223
Nama pemegang akaun : Zainordin Awang Samah (Kitang)Telefon : 03-22972584 (O), 019-7567799 (H/Phone), 03-22832491 (Fax)E-Mail : zainordin@maybank.com.my
Muslim@ FG - Ketua Penyelaras Ekspedisi ( 016-6267708)
Sidi @ Che Dat - Penyelaras Urusan di Johor ( 013-6843639)
Azmi @ Bilal - Penyelaras di Kuantan ( 013-9864049)
Zainordin @ Kitang - Bendahari ( 019-7567799)
Nizam @ Slambe - Penyelaras Pengankutan ( 012-3931159)
Dan pada sesape aje yg rasa ingin menyertai konvoi ke Batu Pahat pada 3 February 2007, info seperti di bawah :
7-00 pagi : Semua peserta yang akan menyertai konvoi akan berkumpul di area Gerai Buah-Buahan Serdang selepas Tol Sg Besi untuk bertolak ke Sri Medan, Batu Pahat.
9-00 pagi : Konvoi dari KL akan bertemu Konvoi dari Kuantan di Tol Yong Peng Utara dan akan bertolak terus ke Pusat Pemindahan Banjir Sri Medan, Batu Pahat.
10-00 pagi : Semua peserta bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat akan memulakan acara pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu peringkat sekolah rendah dan pra-sekolah. Sedikit minuman ringan dan kuih-kuih akan disediakan. Di penghujung acara ini akan diadakan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada kanak-kanak berkenaan. Penyampaian bantuan barangan kepada 30 buah keluarga juga akan dilakukan sekali.
12-30 tgh : Makan tengahari bersama keluarga-keluarga mangsa banjir, peserta dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Batu Pahat.
2-30 ptg : Gotong-royong bersama Team Rakan Muda anjuran Jabatan Belia dan Sukan Batu Pahat, membersihkan rumah-rumah mangsa banjir akan diadakan. Peralatan pembersihan akan disediakan oleh Jabatan Belia.
5-00 ptg : Program eM2bJ dijangka selesai dan konvoi bertolak balik ke destinasi masing-masing.

Pakaian konvoi : Baju T'Shirt berkolar putih plain dan seluar jeans/khakis biru gelap atau hitam. Konvoi akan dikenali sebagai BUDIMAN iaitu Bekas-Bekas Pelajar UiTM Caw. Pahang.
Setakat ini peserta-peserta yang telah mengesahkan untuk menyertai konvoi adalah seperti berikut :

1. Bilal dan keluarga - 2 orang dan anak2
2. Lan Kida dan keluarga - 2 orang dan anak2
3. Kitang dan isteri - 2 orang
4. Syed Hamid - 1 orang
5. Kudeng - 1 orang
6. Nor Anita - 1 orang
7. Raman Shakri - 1 orang
8. Ummi dan keluarga - 2 orang dan anak2 ( belum comfirm betul2 lagi)
9. Sidi - 1 orang
10. Fadil Othman - 1 orang
untuk pengetahuan uols rumah Wak (Kamal) juga telah di masuki air tetapi alhamdulilah barang2 sempat diselamatkan dan sekrang tengah proses pembersihan.

No comments: