Wednesday, 29 August 2007

Selamat Hari Merdeka yang Ke 50


Sebagai rakyat Malaysia aku berbangga gak sebab dah 50 tahun negara kita Merdeka, teringat aku masa sekolah, kat setiap buku tulis mesti ada tulisan Rukun Negara, ntah buku sekarang ada ke tak, nanti balik aku cek buku anak aku..ahaks.

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progesif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Aku penah gak join perarakan Hari Kebangsaan kat Dataran Merdeka masa sekolah menengah dulu under Girl Guides, tapi tak ingat la which year, nanti aku tempek gambar dia kalau aku jumpa la. 3 hari berturut2 kita org pegi KL, start journey around 4.30 am sebab kena sampai Dataran around 5.30 am. Punyalah ramai orang yg berkumpul. Actually subuh2 tu pun bukan buat apa, terconggok kat situ sampai around 7 baru bergerak. Bayangkan betapa ramainyer yg tak solat Subuh waktu tu..(bila dah besau baru sedar..ahaks). Tapi seronok gak sebab yang pertamanya tak payah pegi Sekolah, keduanya ramai kawan and yang ketiga nya boleh main2 mata ngan boipren dari sekolah KL..hiks..masa tu member2 sumer berangan dapat boipren budak band boy. Budak2 la katakan. Kita org sumer dapat T-Shirt and Cap sorang satu and tak silap aku duit gak, tp cikgu Girl Guide aku yang songlap, after few years baru tau.

Jauh gak we all jalan tapi sebab dah ramai2 tak terasa sangat la. On the day itself tu lagi awal kena pegi, sumer org pun excited habis, baju siap kena kanji lagi, kalu side tu kena jari sure berdarah punyer..hihihi tp memang fun abis, at least ada gak experience aku dlm perbarisan Merdeka ni.

So to all of you Selamat Hari Merdeka Yang ke 50 dan Selamat Bercuti.