Wednesday, 22 August 2007

Study Dulu...Study Sekarang....

Darjah 1 (7 dari kiri - poyocomelnyer aku)
Hari ini aku nak citer pasal Zaman belajar Aku dulu and Zaman Belajar Millenium ni. Bukan apa kesian betul aku tengok anak pompuan aku yang nak ambik UPSR on 3 September 2007 ni, dah la for the last 2 months ni tiap malam pergi tution, cuti sekolah seminggu ni pun ada extra class kat sekolah. Saturday and Sunday pulak ada workshop la. Kalau aku dah lama aku give up.

Masa zaman aku dulu, masa masuk Darjah Satu baru terhegeh2 nak belajar ABC and 123, and masa tu jugak hanya anak2 orang kaya aje yang pegi ke Tadika. Sekarang pulak masuk Darjah Satu dah boleh membaca dan mengira and ada test sebelum ditentukan masuk class yang mana. Kanak-kanak memang kena gi tadika (untung tauke Tadika macam Norm..hehehehe) kalau tak ketinggalah la jawabnya or masuk kelas last.

Zaman aku dulu, study tu study gak la tapi tak la sampai camni sekali. At least pressure tak macam study zaman millenium ni. Zaman aku tak de UPSR, dia orang panggil Ujian Penilaian darjah 5. Masa tu dapat 3A pun dah kira terror la boleh pegi asrama penuh mcm CBN or VI (dulu mak bapak berebut2 nak anto anak ke sini, sekarang sesape aje boleh anto) or even MRSM pun, kalau yang 4A or 5A pulak boleh pg TKC or MCKK. Zaman sekarang ni pulak dah la yang dapat 5A dalam UPSR melambak2 and kalau nak masuk sekolah asrama penuh pun belum tentu dapat, stakat 3A or 4A pulak, tak payah mimpila, sambung study kat sekolah yang berdekatan ngan umah aje la jawabnya.

Gambar aku masa Form 3..(2 dari kiri)

Kalau dulu dipanggil Sijil Rendah Pelajaran sekarang pulak Penilaian Menengah Rendah, 7 major subjects and boleh ambik maximum upto 9 subjects. Masa zaman aku dulu aku ambik HomeScience (tu yang aku pandai masak dan menjahit tu..hiks) kalau yang lelaki pulak ambik subject Kemahiran Tangan. Zaman aku cuma ada Gred 1 hingga 3 or tak pass aje (ikut aggregate la)..sekarang pulak dikira braper A's yang dapat, setakat 8A tak payah nak gebang la..ramai sangat.

Kalau buku pulak Ya Ampun budak Darjah 1 aje dah bawak banyak buku, sampai boleh senget bahu budak tu. Mcm anak aku aje baru masuk bulan August ni dah 3 kali tukar beg, asyik koyak aje. Last2 besok aku ingat nak beli beg luggage aje la..senang..

Masa zaman aku sumer orang takut ngan cikgu lebih2 lagi Guru Besar, mau terkencing dalam seluar kalau kena panggil. Zaman sekarang ni pulak Cikgu takut ngan anak murid, mana taknyer, baru kena se das aje, mak bapak dah komplen ke kementerian or buat polis report. Itu belum lagi yg sekolah rendah pun dah pandai berboipren gefren, yg secondary school jgn cakap la, siap ada yang mengandung pulak. Ya Allah takut nyer aku ngan keadvancement dunia ni, Nauzubillah hi minzaliq!,

Kalau dulu stakat dapat Gred 3 masih boleh lagi sambung belajar kat kolej ke, tapi skrg kalo fail tapi pandai menyanyi and cantik pulak boleh dapat duit yang lebih dari orang yang dah bertahun2 keje. Dah la tu punya banyak pertandingan menyanyi kat Malaysia ni yang menawarkan ribuan ringgit. Jadi GRO pun boleh earn 4 figures.

Kalau yang pandai pulak muda lagi dah dapat PHD, mcm yg baru ni Dr Sharifah Rafidah Wan Alwi. Zaman aku orang2 tua aje yg dapat gelaran Dr ni. Entah la kengkadang aku takut betul, jangan zaman akan datang nak jadi tukang angkat sampah pun kena ada Degree In Collecting Rubbish cukup la

Zaman sekarang ni anak yang nak ambik periksa mak bapak yang tak boleh tidor malam mcm aku. Nasib baik ada sorang aje yg nak periksa kalo dua ke tiga lagi haru biru aku dibuatnyer....

3 comments:

Anonymous said...

sabo bebyk dona...gitulah bezanyer anak dulu dan anak skrg...anak aku peksa jg september ni..x hrp sgt la

Anonymous said...

Dona & r20 ..kita serupa..anak i yg no. 2(pompuan) pun peksa gak ...mak bapak setakat bagi nasihat ..ajar mane yg tau..the rest still on her..x mo pressure dia lebih2..skrg ni pun dia kat umah makcik dia kat BH Onn..bia dia relax skit..cuti sekolah ni ..ari2 ada kelas tambahan...hope she pass with flying colours..Amin..

dona_itmpahang@yahoo.com said...

hehehehe kita serupa...nak kata tak berharap tu berharap la jugak dpt good grades tp tak nak kasi pressure lebih2 la..gud luck to all yr nak ambik UPSR including the parent..